Wednesday, 28 October 2015

Tip keselamatan

SITUASI 1
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?
Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? kita dah ni
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
p/s : sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi
*sebelum keluar rumah, baca ayat kursi. in sya Allah akan ada 70000 malaikat yg akan melindungi perjalanan kita.

Wednesday, 21 October 2015

Renungan

Firstly sorry ganggu, tetapi cubelah bace mesej ni dengan hati yang ikhlas 😔
 5:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:30 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 10:00am, sudah time nak pergi breakfast.

Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!
Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

 Bismillahirrahmanirrahim.
 😒  Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

 😣  Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

 😔  Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

 😢  Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?

 😖  Kenapa kita lebih sangat senang memuji ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Pikirkan itu  
      😏  Apakah anda akan menforward pesanan ini?

 😞  Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain? Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

 1. Biarkan didalam whatsapp  anda tanpa bermanfaat untuk org lain.

 2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala  😊
-renungkanlah..
Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - Kemunculan Imam Mahdi
          - Kemunculan Dajjal
          - Turunnya Nabi Isa (AS)
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x....knapa begini..?
         
          Bukankah Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
 Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          🔊
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 📖  AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 🐍  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 😲  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim 📩  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.

          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.

          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca oleh orang lain"...
         
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
         
  Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku
Ringankan tangan dengan mmfowrd ayat ini 😌    
Fowrd cpat kerna x smpai bberapa sesaat pun nak buat..
Sama2lh kita ingat mengingatkan
 #perkongsian bersama

Bantuan Pusat Urus Zakat

Tolong war-warkan bantuan zakat:

Sesiapa ada anak tadika, adik-adik di sekolah rendah,
menengah dan student belajar universiti boleh mohon bantuan pendidikan di pusat zakat sekarang.

Syarat bantuan;

(PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti: Income family <RM6000

Jumlah Bantuan:

Tadika : RM50
Sekolah Rendah:
++Agama RM75.
++Kebangsaan RM75
Sekolah Menengah:
++Biasa RM125
++Agama RM125)

Universiti DLM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak boleh mohon):

Sijil:
RM500

Diploma:
RM700 (xdapat bantuan mana2)
RM500 (ada loan)

Degree:
RM1000 (xde loan mana2).
RM700 (ada loan)

Master : RM1000

PHD : RM2000

Ini merupakan sumbangan one-off payment yg boleh mohon SETAHUN SEKALI sahaja. Ia dalam kategori asnaf fi-sabilillah. Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan untuk support sepenuhnya yuran2 tersebut.

*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh didownload di
http://www.e-zakat.com.my/borang/ atau pergi ke kaunter pusat zakat yang berhampiran.

Mohon jasa baik sebarkan info ini kepada sahabat2 kita yang memerlukan!! Rakan-rakan ofis, geng surau, saudara mara, penduduk kampung dll.

Monday, 19 October 2015


SENARAI SEKOLAH AGAMA (SABK) DAN TARIKH PENTING PROSES KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015.                                                                                                                                                                                                                


1. SMA MAAHAD ALMASHOOR ALISLAMI
👉NO TEL : 04-8661190
👉LOKASI : Balik Pulau.
👉BORANG: ambil d pejabat sekolah pd hari keputusan UPSR d umumkan.
👉TEMUDUGA : pd 5/12/2015 sabtu.



2. ALMADRASAH ALKHAIRIYAH ALISLAMIAH
👉NO TEL : 04-5759385
👉LOKASI : Pokok Sena
👉BORANG : diedarkn di pejbat sekolah mulai 28 sept - 19 okt.
👉TEMUDUGA : Perujian kali pertama pd sabtu 24 okt. Penilaian tahap ke2 pd 4@5 dis.



3- SMA AL AHMADIAH AL IJTIMAIAH
👉NO TEL : 04-5374842
👉LOKASI : Bukit Mertajam
👉TEMUDUGA :  pd 21 Nov. 2015 8.30 pg.
👉 Borang beli di pejabat sekolah pd hari keputusan upsr diumumkan.



4- MAAHAD AL IMAM AN NAWAWI
👉NO TEL : 04-5793960
👉LOKASI : Lahar Minyak
👉TEMUDUGA :Sabtu 14/11/2015



 5- SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2 (DMW2)
👉NO TEL : 04-5211236
👉LOKASI : Guar Perahu
👉TEMUDUGA : pada 21 Nov 2015 (sabtu) mula jam 8:30 am hingga tamat.



6- SM ISLAM AL MASRIYAH (SMIM)
👉NO TEL :04-5385126
👉LOKASI : Bukit Mertajam
👉TEMUDUGA : pada 21/11/2015 8.30pagi



7- SMA AL MAAHADUL ISLAMI
👉NO TEL : 04-4872322
👉LOKASI : Tasik Junjong
👉BORANG : Tarikh akhir borang 31/10/2015 khamis.
👉TEMUDUGA: pd 7/11/2015 Sabtu 7.30pg



8- MAKTAB WAN JAH
👉NO TEL :04-3233855
👉LOKASI :Butterworth
👉TEMUDUGA 1 : pada 10 oktober
👉TEMUDUGA 2 : pada 7/11/2015 .. 9.00 pg



9- SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1 (DMW1)
👉NO TEL : 04-5754140
👉LOKASI : Kepala Batas
👉BORANG : boleh dibeli dipejabat sekolah bermula 1Okt - 13Nov
👉TEMUDUGA :14 Nov
👉KELAYAKAN : minima 2A


10. SMA TARBIYAH ISLAMIAH
👉NO TEL :04-2826407
👉LOKASI :Kg Rawa, pg
👉TEMUDUGA : seminggu slps keluar kptsn upsr.


11. SMA ALFAQIAH DAIMIAH
👉NO TEL :04-3901105
👉LOKASI :Permatang Pauh
👉TEMUDUGA : 22/11/2015


*Tertakluk pada pindaan pihak sekolah.

*Waris dinasihatkan menghubungi pihak sekolah untuk pengesahan dan makluman lanjut.

Sebarkan pd semua ibu bapa Islam, moga makin ramai generasi yang mendalami pengajian agama lahir di PULAU MUTIARA

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. 

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. 

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

 Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. 

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. 

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya....